Khamis, 26 Februari 2009

Program Penghayatan Seni Budaya UKM-Sempena Maulidurrasul



Sedikit cebisan kenangan yang dapat dikongsi penulis bersama dengan adik-adik di UKM.Kami bertiga,iaitu Azrin, Hakim,dan Penulis sendiri secara kebetulan dengan izin Allah bertemu dan berentap dalam suatu pertandingan Membaca dan Menyampaikan Khutbah dalam satu program yang dianjurkan oleh pihak Universiti iaitu Program Penghayatan Seni Budaya UKM sempena Maulidurrasul bertempat di Surau Al-Munir Kolej Keris Mas UKM..

Berikut adalah gambar-gambar para khatib yang mempersembahkan khutbah mereka. Semuanya mantap-mantap belako.


Sesi taklimat oleh Urusetia Program,.Dengar tu, jangan tak dengar..

Penulis bersama pengkhutbah yang kedua, Fadhil



azrin yang tersenyum simpul..


Hakim dengan gaya khutbahnya tersendiri..


Azrin yang mantap..


Penulis mempersembahkan khutbahnya..


Begitulah serba sedikit keupayaan yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat alumni kita di perbukitan Ilmu UKM.

Rabu, 25 Februari 2009

Program Dimensi Kesenian Islam ISIUKM



Makluman kepada sahabat-sahabat ALUMNI yang berada di sekitar Selangor, dijemput untuk sama-sama memeriahkan Program Dimensi Kesenian Islam (DKI 2)Anjuran ISIUKM pada 21 Mac 2009 (Hari Sabtu), jam 8.00 malam bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).Harga tiket masuk adalah sebanyak RM 6 sahaja.Untuk Tempahan Tiket boleh menghubungi no phone berikut: Fikhry (019-3671003) & Fauzana (019-3661089)..Diharap sahabat dapat berkunjung ke sini nanti.

Kenangan Eiduladha 08



Sahabat-sahabat alumni yang dikasihi Allah..untuk gambar-gambar kenangan Eiduladha yang lain, sahabat-sahabat bolehlah download dalam freindster Ust Soleh di alamat http://profiles.friendster.com/aljerusi

Dan mana-mana sahabat yang mempunyai sebarang artikel yang ingin dipaparkan di dalam blog, bolehlah menghantarnya ke alamat email az_hariah05@yahoo.com

Solat asas keteguhan keperibadian Muslimin



"Apabila mendengar azan bangun serta-merta walau dalam keadaan bagaimana sekali pun," kata asy-Syahid Imam Hasan al-Banna lewat wasiatnya yang pertama.

Di dalam 10 wasiat asy-Syahid Imam Hasan al-Banna, beliau mengingatkan ikhwan berhubung solat. Solat terletak di tempat yang pertama, mengatasi segala yang lain. Hal ini sesuai sekali dengan kisah bagaimana pendirian baginda Rasulullah s.a.w tentang solat. Solat adalah antara ucapan terakhir yang kerap disebut oleh baginda menjelang hari terakhir kewafatannya.

"Apabila mendengar azan bangunlah serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun," demikian pesan al-Banna. Kenapa sang mujaddid ini meletakkan ungkapan sebegitu?
Solat adalah benteng yang mengeluarkan manusia daripada garis-garis kesesatan. Dalam solat itu, terkandung kewajipan membaca surah al-Fatihah dan dalam surah itu kita telah diwajibkan untuk membaca doa ihdina as-Siratal Mustaqim.

"Berilah kami petunjuk ke arah jalan yang diluruskan," itulah doa teragung yang wujud di dalam surah tersebut. Maka, jika manusia tidak menunaikan solat, mereka akan terhalang daripada rahmat Tuhan dan terdedah kepada jalan-jalan kesesatan.
Iblis akan menipu manusia melalui bisikan kata-kata bahawa kedudukan mereka itu telah tinggi dan mencapai kedudukan tertentu. Lalu, mereka tidak perlu lagi menunaikan solat. Helah ini berguna untuk memusnahkan jiwa manusia.

Dengan sikap enggan menunaikan solat itu tadi, manusia akan semakin mudah disesatkan kerana lidah mereka terasa asing daripada menyebut doa, "Berilah kami petunjuk ke arah jalan yang diluruskan."

Solat inilah satu-satunya amalan yang perlu dilakukan setiap hari bertujuan agar manusia itu sentiasa terjalin hubungannya dengan Tuhan setiap masa. Ada amalan yang dibuat setahun sekali seperti berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan fardhu haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Dunia tidak sunyi daripada solat

Dengan peredaran matahari dan bulan, dunia kita ini tidak pernah sunyi daripada laungan azan yang menyeru manusia agar bingkas menunaikan solat. Ertinya, dunia ini akan sentiasa bergema dengan kalimah Tauhid. Dengan sebab itu, siapa yang bersolat, maka dia telah menegakkan Islam di dalam dirinya dan negaranya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Solat itu tiang agama. Sesiapa yang menunaikan solat, maka dia menegakkan tiang agama. Dan sesiapa yang yang tidak menunaikan solat bererti dia telah meruntuhkan agamanya."

Dengan menunaikan solat, jiwa terasa tenang, hati terasa lapang. Hati terang, tenang serta jiwa yang lapang inilah yang menumbuhkan kekuatan jiwa dalam diri seseorang Muslim itu untuk terus hidup dalam keimanan dan ketaqwaan. Sebaik-baiknya solat itu perlu segera ditunaikan pada awal waktu, pada ketika mendengar azan. Menurut Hasan al-Banna, solat itu hendaklah diusahakan semampu yang terdaya. Ini membuktikan kesungguhan kita.

Hasan al-Banna mengaitkan azan dengan solat dalam wasiatnya yang pertama ini. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situlah akar taufik. Perhatikan juga, banyak perintah dalam al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikan bagaimana Tuhan mensyariatkan solat. Solat juga di medan perang. Walaupun pada saat genting, darurat dan kecemasan.

Khamis, 19 Februari 2009

Rabiul Awal Bulan Yang Mulia



Pengenalan

Menjelang beberapa hari sahaja lagi kita semua akan bertemu dengan 1 bulan yang penuh bersejarah yang mengingatkan kita dengan peristiwa-peristiwa yang penting tentang penyebaran Islam di muka bumi ini.
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting Dalam Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.

Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah

Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Sumber Rujukan : www.ILuv Islam.com

Salam Ukhuwah Salam Kemaafan



Assalamualaikum pembuka bicara..Salam kemaafan kepada semua warga Alumni sekalian.Ana selaku nakhoda blog ini mengucapkan ribuan kemaafan kerana terpaksa berhenti menyelenggarakan blog buat sementara waktu kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan..Ketidaksempatan ana menguruskan blog ini telah membuatkan sahabat-sahabat ternanti-nanti apa perkembangan Alumni sekarang..InsyaAllah di keruangan ini ana akan teruskan matlamat dan perjuangan yang murni ini.Untuk kenangan ijtima' yang lepas, InsyaAllah ana akan masukkan dalam Blog ni..Akhir kata, Salam Ukhwah Salam Muhibbah Salam Perjuangan..Ust Soleh