Selasa, 24 Ogos 2010

IJTIMA' EIDUL FITRI 2010



Assalamualaikum sahabat semua. Ijtima' eidulfitri akan diadakan seperti berikut TARIKH:3 SYAWAL bermula jam 8.30PAGI di Dewan Utama SMU (A) Azhariah Melor. Sila sahkan kehadiran saudara/saudari melalui SMS kepada Ustaz Azrin Safuan (presiden) di talian 013-3006502 ( sila SMS nama dan tahun belajar cth 1991-1998 ) bayaran RM6/orang.. SEBARKAN PADA BATCH MASING-MASING....

Sabtu, 14 Ogos 2010

Seutas Renungan, Tasbih Perjuangan: Carilah Lelaki Soleh wahai Solehah..

Seutas Renungan, Tasbih Perjuangan: Carilah Lelaki Soleh wahai Solehah..

Jumaat, 13 Ogos 2010

" SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA"

KELEBIHAN RAMADHAN



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya
selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab
dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin
menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa
beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga
dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis
dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan
keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. -
Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3.
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W
bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang
mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan
baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim,
Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4.
Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang
sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada
Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan
kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya
melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan
perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu
perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun
syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan
meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka
engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian
engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau,
manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis
riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5.
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah
berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan
anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan
membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada
pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu
dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia
berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi
Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih
harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi
orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya
apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila
bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam
Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


PENERANGAN HADIS

1.
Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk
kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2.
Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula
ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya
yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3.
Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan
segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa
kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan
tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5.
Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat,
begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita
benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti
menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam
jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah
yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7.
Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat
ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat
selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11.
Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan
suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.