Selasa, 12 Oktober 2010

KeKuaTan uMaT isLaM




Menurut Hassan Al Banna, muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi
banyak…"(Al A'araf: 86).

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

JADI MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBINA KEMBALI KEKUATAN DENGAN HATI YANG IKHLAS, BERJUANG SEMATA-MATA KERANA ALLAH TAALA DAN RASULNYA. PRINSIP IMAN IAITU MELAFAZKAN DENGAN LISAN, MEMBENAR DENGAN HATI DAN AMAL DENGAN ANGGOTA BADAN (TUBUH) PERLU DIPEGANG DENGAN SEKUAT-KUATNYA DAN SEKUKUHNYA SUPAYA PERJUANGAN DAN PERJALANAN HIDUP KITA TIDAK TERGELINCIR DARI LANDASAN YANG SEPATUTNYA :)

0 ulasan: